Sunday, 1 October 2017

JAWATAN KOSONG SEBAGAI TUKANG MASAK DI MALAYSIA


Hai semua. Kali ni saya nak kongsi beberapa tempat yang memerlukan tukang masak.Kepada yang masih mencari kerja, anda boleh cuba nasib di tempat-tempat yang saya bagi di bawah ni.


JAWATAN KOSONG TUKANG MASAK


Tukang Masak/Cook
MY FLEX HEALTH GROUP SDN BHD - Petaling Jaya
RM 1,800 - RM 2,200 sebulan
  • Minima SPM
  • Memeriksa produk makanan disediakan atau mentah’ gred untuk memastikan bahawa kriteria yang dicapai.
  • Menyediakan makanan yang telah ditetapkan dan sesuai untuk orang tua atau pesakit
  • Memastikan kawasan dapur sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur
  • Tugas-tugas lain yang akan diberi
Jenis pekerjaan : SEPENUH MASA

Cafe & Restaurant Crew
MSV F&B - Kuala Lumpur
Kami memerlukan crew bagi operasi kami di KL & Kajang.
  • Tukang Masak ala-carte
  • Tukang Masak nasi campur
  • Pembantu Dapur
  • Pekerja Am
  • Pembantu Restoran
Mempunyai pengalaman 1-2 tahun dalam bidang F&B, sihat dan minat yang mendalam dalam bidang F&B. Calon yang boleh mula serta-merta akan diberi keutamaan.
Hostel disediakan bagi pekerja luar kawasan.
Hubungi Encik Nazim 016-2093111 / Pn Shikin 018-2888204 untuk temu janji temuduga.
(sepenuh masa)

Tukang Masak Burger
EnerZ Indoor Extreme Park - Subang Jaya
RM 1,200 - RM 1,500 sebulan

JENIS PEKERJAAN : Tukang masak burger
WAKTU BEKERJA : 1.00ptg - 10.00mlm
GAJI : RM1200-RM1500
Syarat :
-Terbuka untuk Lelaki atau Perempuan.
-Berpengalaman  mahir dalam menyediakan burger yang sedap & lazat.
Jika anda berminat dengan jawatan Tukang Masak Burger yang ditawarkan ini, anda boleh WhatsApp 0126195560.
KERJA SEPENUH MASA

Tukang Masak Diperlukan Segera
Restoran di Centrio - Seremban
RM 1,000 - RM 1,300 sebulan
Memasak masakan panas goreng-goreng dan ala Thai.
(sepenuh masa)

Juru Masak
HOTPOT PONDOK PONDOK CAFE - Skudai
RM 1,300 - RM 1,600 sebulan
KERJA SEPENUH MASA
Kami menawarkan kerja kosong sebagai juru masak bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Berpengalaman.
2. Berdisiplin, terutama menepati waktu kerja.
3. Komited terhadap tugas.
4. Menjaga solat.
Kemudahan Yang Disediakan:
1. Gaji asas + kerja lebih masa.
2. Insentif produktiviti.
3. Bonus keuntungan.
4. KWSP, Perkeso.
Yang berminat sila hubungi Pn Su (013-7344838) untuk urusan selanjutnya.

Junior Chef
YBS Agro Premiere Sdn Bhd - Cameron Highlands
RM 2,300 - RM 2,500 a month
  • Handling all aspects of the kitchen operation to maintain and develop high quality of ;
  • - Hygiene , Health, Safety
  • - Quality Control, Food, Cooking
  • All duties are to be performed within standard ;
  • - Policies, Practices, Procedures and Proper Personal Appearance.
  • Supervises, coordinates and participates in the activities of kitchen/cafe.
  • Must possess a strong interest in western / local food preparation.
  • Menu engineering and coordination of all food activities, menu design & food promotions.
  • Responsibilities include sample cooking, directing, addressing complaints and grievances and resolving problems.
Requirements
  • Must be able to work without direct supervision is required.
  • Studies new ways of presenting food items and submit the proposals to management for approval.
  • Perform all other job related duties as requested.
  • Able to oversee the weekly scheduling and annual leave of all team members.
  • Coordinate and train kitchen team member on HACCP & FSMS standards; Motivate, provide regular feedback to staff and when required discipline them.
  • Set budget with management and execute plans as per budget.
  • Control inventory stock levels and ordering suppliers
  • Outgoing personality with ability to talk to guests.
  • Possess own transport.
  • Minimum SPM qualification
  • Diploma/Bachelor in Food & Beverage Services Management or equivalent is an added advantage.
  • Or 2-3 years experience in F&B.

Ini antara yang saya boleh kongsikan. Kalau nak tengok yang lebih dekat dengan anda, boleh tengok link ni > kerja kosong chef/tukang masak malaysia


UNIVERSITI YANG MENAWARKAN BIDANG SENI KULINARI


HAI SEMUA! HARI INI SAYA NAK  SHARE BEBERAPA LINK UNIVERSITI DAN KURSUS  BIDANG SENI KULINARI YA ;) SENANG AWAK SEMUA NAK SEMAK DAN TENGOK-TENGOK . HEHE





IPTA /  IPTS DI MALAYSIA


Itu sahaja yang saya dapat kongsikan kepada awak semua.Harap dapat membantu. Selamat mencari dan selamat mencuba !

Friday, 29 September 2017

IPTS YANG MENAWARKAN BIDANG SENI KULINARI



MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY



MSU merupakan salah satu IPTS yang menawarkan bidang seni kulinari. Terdapat banyak bidang yang ditawarkan . Berikut merupakan bidang-bidang yang boleh anda mohon di MSU ;)

Program Ditawarkan


Diploma
  • Diploma Seni Kulinari JPT/BPP (R/811/5/0018) 06/16
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik JPT/BPP (R/523/4/0193) 03/20
  • Diploma Pengurusan JPT/BPP (KR11702) 11/15
  • Diploma Teknologi Maklumat JPT/BPP (KR11701) 11/15
  • Diploma Perakaunan JPT/BPP (R/344/4/0229) 11/19
  • Diploma Rekabentuk Grafik JPT/BPP (R/213/4/0026) 11/16
  • Diploma Teknologi Multimedia JPT/BPP (R/213/4/0083) 11/17
  • Diploma Pengurusan Pelancongan JPT/BPP (R/811/4/0049) 11/19
  • Diploma Perkhidmatan Makanan & Pengurusan Restoran JPT/BPP (R/811/4/0016) 06/16
  • Diploma Pengurusan Hotel JPT/BPP (KR11793) 06/16
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak JPT/BPP (R/143/4/0048) 05/18
  • Diploma Perguruan (ELT) - Sedang Dikemaskini

Sijil
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik JPT/BPP (R/523/3/0153) 08/19
  • Sijil Sains Komputer JPT/BPP (R/482/3/0029) 05/17
  • Sijil Pengurusan Perniagaan JPT/BPP (R/340/3/0153) 08/17
  • Sijil Sains Kesihatan JPT/BPP (R/720/3/0046) 08/19
  • Sijil Pengurusan Pelancongan JPT/BPP (R/340/3/0153) 08/17
  • Sijil Operasi Hotel JPT/BPP (R/812/3/0025) 03/20
  • Sijil Operasi Hotel dan Katering JPT/BPP (KR11794) 06/16
  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak JPT/BPP (R/143/3/0008) 11/16
  • Sijil Pengurusan Spa dan Kecantikan KPT/JPS (N/815/3/0016) 12/20
  • Sijil Fotografi Digital KPT/JPS (N/213/3/0218) 11/19

PELUANG PEKERJAAN MELALUI BIDANG SENI KULINARI






Pelajar berpeluang untuk menceburi pelbagai industri seperti:-

Ø     Hotel
Ø     Resort
Ø     SPA
Ø     Kapal Persiaran
Ø     Restoran
Ø     Bistro
Ø     Katering penerbangan
Ø     Restoran sendiri

Peluang Pekerjaan Sebagai:-

ü     Chef Eksekutif
ü     Usahawan
ü     Pengkritik Makanan
ü     Chef Penyelidikan & Pembangunan
ü     Chef Khusus
ü     Chef Selebriti
ü     Katerer


Anggaran Gaji :-

  • Sektor Awam (RM) - 1515 - 1814
  • Sektor Swasta (RM) - 1400 - 2300

MAKLUMAT TENTANG SENI KULINARI


HASIL PEMBELAJARAN / OBJEKTIF KHUSUS

Selepas menamatkan kursus pengajian di pelbagai tahap, lulusan akan berupaya
untuk:

Sijil
1.Menyediakan dan menghasilkan sajian mengikut piawai yang dikehendaki;
2.Mengikuti pembelajaran seterusnya di tempat kerja untuk peningkatan kerjaya
atau pendidikan pada masa hadapan.

Diploma
1.Merancang, mengguna, melaksanakan dan menyelia tugasan yang diberikan;
2.Berterusan meningkat dan perkukuh diri melalui pembelajaran seumur
hidup;
3.Memperkukuh kualiti industri melalui latihan dan pembangunan;
4.Mempamerkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan;
5.Mengamalkan sistem keselamatan,kawalan kebersihan dan kebersihan
makanan.

Ijazah Sarjana Muda
1.Menjalankan pelbagai fungsi pengurusan dalam operasi dapur;
2.Menjalankan penyelidikan dan jawatan dan kemajuan kerjaya dalam industri;
6.Menggunakan dan menilai semula prinsip dan kemahiran pengurusan
dalam industri;
7.Mengenal pasti dan menilai kepelbagaian budaya dan berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai konteks budaya.


Kelayakan dalam bidang seni kulinari bagi peringkat sijil dan  diploma adalah seperti berikut :)

§  Latihan Tukang Masak (C/D)
§  Pengeluaran Makanan (S)
§  Kemahiran Kulinari (S)
§  Seni Kulinari (S/D/B/M)
§  Seni Pastri (S/D/B)
§  Baking (S/D)
§  Pastri & Bakeri (S/D/B)
§  Pengurusan Katering (D/B/M)
§  Pengurusan Pengeluaran Makanan (D/B)
§  Katering Pelanggan Institusi (D/B)
§  Penyediaan Makanan (S)

S  = Sijil 
D  = Diploma;
B  = Sarjana Muda;
M = Sarjana.
*Laluan pembelajaran*



KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Kaedah pengendalian kursus pengajian merangkumi kuliah, kumpulan diskusi, pengajaran praktikal (makmal), projek, seminar, tutorial, kerja lapangan, kelas penyelesaian masalah atau pembelajaran kendiri.Latihan industri merupakan bahagian penting kursus pengajian dan memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman industri dalam pelbagai sektor industri.

PENILAIAN PELAJAR


Proses penilaian pelajar hendaklah berdasarkan prestasi atau keupayaan, seperti portfolio, projek, pembentangan, demonstrasi, penilaian rakan sekursus, penilaian pelajar (peperiksaan akhir), refleksi peribadi dan disertasi (peringkat ijazah).









PENGENALAN SENI KULINARI


SENI KULINARI DI MALAYSIA





Masih ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali apa itu kursus seni kulinari . Apakah maksud seni kulinari dan kelebihan seni kulinari ini dan mengapa kursus ini menjadi pilihan sesetengah individu. Seni Kulinari adalah kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan, pastri dan kek serta aktiviti-aktiviti yang tertumpu di dapur. Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Pengajian ini merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

Diploma Seni Kulinari fokus kepada kecekapan kulinari, latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari, pengurusan dan penempahan stok.

Ramai insan yang berjaya telah dilahirkan dalam kursus ini. Antaranya 

Ø  pengusaha katering
Ø  chef
Ø  usahawan dalam bidang kulinari
Ø  pembuat kek
Ø  Pengkritik makanan
Ø  Chef penyelidikan dan pembangunan
Ø  Chef selebriti
Ø  Chef eksekutif

Jika anda dapat lihat, rata-rata individu yang ingin membeli makanan  seperti lauk pauk ataupun membeli kek, mereka pasti akan melihat tekstur luaran dahulu. Contohnya pada kek. Tekstur luaran kek yang berhias cantik dan  kemas menarik hati pembeli . Jika kita lihat pada pandangan lain,rasa itu lebih utama daripada tekstur. Ini merupakan salah satu cara memikat hati pembeli dengan adanya ilmu seni kulinari ini.  
TUJUAN SENI KULINARI DITUBUHKAN

Berikut merupakan beberapa tujuan bidang ini ditubuhkan ;)

·         Meningkatkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan
·         Mengamalkan sistem keselamatan, kawalan,kebersihan, dan kebersihan makanan
·         Mengendalikan latihan pengeluaran makanan
·         Menjalankan pengurusan yang baik serta sistematik
·         Membangunkan kemahiran yang dapat disesuaikan dengan tahap kerjaya dan peningkatan kerjaya dalam industri
·         Membantu pembangunan Negara
·         Menambahkan ilmu pengetahuan yang tinggi kepada individu yang minat kepada bidang masakan, pastri, dan kulinari

Perkembangan dalam industri makanan, perniagaan makanan, restoran dan hotel yang mencetuskan kepada perkembangan perlancongan menjadikan bidang ini  satu bidang yang perlu dipilih. Banyak peluang pekerjaan yang anda peroleh  jika  anda melibatkan diri  dalam bidang ini.


SYARAT KEMASUKAN DALAM BIDANG SENI KULINARI



Diploma Seni Kulinari adalah bidang seni dalam penyediaan makanan. Program sepenuh masa ini ditawarkan untuk tempoh pengajian selama 3 tahun (6 semeter). Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menyediakan makanan bertaraf 5 bintang selari dengan Syariah Islam dan mengikut perkembangan terkini dunia masakan. Selain bidang akademik, pelajar juga berpeluang untuk menyertai pertandingan masakan bertaraf antarabangsa yang dianjurkan di dalam dan luar negara.

·         Syarat kemasukan pelajar dalam bidang seni kulinari ;)

    KELAYAKAN MASUK

    Kelayakan masuk minimum*:
   
    Sijil
    SPM/SPMV atau yang setara

    Diploma
·   SPM/SPMV dengan 3 kredit atau yang
    setara;

    atau

·   Sijil dalam bidang berkaitan dengan
    SPM 2 kredit;

    Atau

·   3 tahun pengalaman yang diiktiraf
    (RPL)

    Ijazah Sarjana Muda
·   STPM dengan 2 prinsipal, atau
·   Diploma dengan CGPA 2.50 atau lebih tinggi

    Pascaijazah
·   Ijazah;

    atau
·   Diploma dengan 5 tahun pengalaman dalam peringkat pengurusan yang diiktiraf (RPL)

TOKOH BIDANG SENI KULINARI MALAYSIA





BIODATA CHEF WAN
Nama penuh beliau ialah  Redzuawan bin Ismail.Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1958 di Singapura. Chef Wan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Terendak, Melaka.Beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Chef Wan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.Beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan perakaunan.Beliau memperolehi Diploma Perakaunan setelah menamatkan pengajian beliau. Pada tahun 1979, Chef Wan meneruskan lagi pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti New South Wales, Australia.
Chef Wan pernah membantu sahabatnya menguruskan sebuah restoran iaitu “Alexander Cafe” yang berada di Sydney. Beliau telah melibatkan diri beliau sepenuh masa dalam bidang masakan ketika bekerja di restoran tersebut sebagai pengurus kewangan, pelayan dan juga membantu menyediakan makanan. Chef Wan juga pernah bekerja di sebuah restoran masakan Italy di Sydney. Chef Wan telah mengikuti kursus ijazah selama 3 tahun di California Culinary Academy di San Francisco.Beliau telah dianugerahkan sebagai penuntut terbaik akademi tersebut daripada 187 penuntut,walaupun pada mulanya dia sering dipandang rendah oleh pensyarah dan rakan-rakan sekelasnya kerana beliau orang Asia.Disebabkan prestasi yang memberangsangkan beliau di akademi masakan tersebut, Chef Wan telah ditawarkan biasiswa untuk bertugas di sebuah kolej masakan yang terkemuka di dunia iaitu École de Gastronomie, Française Ritz Escoffier di Paris selama 1 tahun. Chef Wan mencipta rekod sebagai orang berbangsa Melayu yang pertama mendapat peluang bertugas sambil belajar di hotel tersebut yang mengumpulkan tukang-tukang masak terbilang dan ternama di serata dunia.
Keluarga Gentrys, iaitu sebuah keluarga hartawan di Hawaii berminat dengan Chef Wan. Oleh hal yang demikian, Chef Wan telah diambil bekerja dengan keluarga tersebut sebagai tukang masak dan perancang makanan. Chef Wan bukan sahaja bekerja di rumah hartawan tersebut bahkan di hotel-hotel dan kapal terbang,dimana sahaja hartawan tersebut berada. Beliau juga akan mengikuti hartawan tersebut ke merata tempat seperti Aspen, New York, dan Paris.Beliau juga menyediakan makanan untuk selebriti-selebriti seperti Elizabeth Taylor yang menggemari masakan asia Chef Wan iaitu tomyam, bintang filem Barbara Streisand yang menyukai masakan kerabu dan tauhu sumbat, Bob Hope, masakan Indonesia, dan Putera Rainier dari Monaco yang menyukai sate. Chef Wan juga pernah bertemu dengan Raja Juan Carlos, pelakon Don Johnson, dan aristokrat, kerabat diraja, dan artis terkemuka yang lain.
Selepas tujuh tahun Chef Wan berkecimpung dalam dunia chef dan perhotelan di luar negara, beliau pulang ke tanah air. Chef Wan mula menerima undangan dari pelbagai pihak. Beliau mula dikenali ramai apabila diperkenalkan menerusi pelbagai rancangan, demonstrasi masakan, seminar industri makanan dan menjadi konsultan bagi beberapa syarikat yang menyediakan khidmat makanan serta perkakas dapur.

KARIER SEBAGAI CHEF SELEBRITI
Karier beliau sebagai chef selebriti bermula apabila beliau telah mengikat kontrak dengan siri masakan Kuali pada tahun 1992 sebuah siri masakan yang disiarkan di TV3 sejak tahun 1988.Beliau telah terlibat dalam pelbagai program masakan Malaysia sejak penampilan pertama beliau dalam program masakan. Antara program masakan beliau ialah Acu-Acu Aidilfitri,Bird’s Custard, Hey! Good Cooking,Selera,Saji Bistari ,rancangan masakannya sendiri, Chef Wan yang disiarkan di TV3, dan Citarasa Sedunia Bersama Gas Petronas pada tahun 1999/2000.Ole Ole Chef Wan juga merupakan rancangan masakan Chef Wan yang disiarkan di TV9,sebuah program masakan sambil mengembara ke lokasi seperti Rumah Kebajikan Orang Tua, Zoo Negara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Rumah Anak Yatim, Taman Agroteknologi, Kementerian Pertahanan, Kolej Jururawat di Pusat Bandar Damansara,Royal Selangor dan Rumah Amal Cheshire.Rancangan-rancangan tersebut telah menarik minat penonton tempatan disebabkan rancangan tersebut memaparkan langkah dan tips penyedian makanan yang mudah,dan Chef Wan juga telah diminati dengan keletah beliau yang unik. Penggunaan ala leteran nenek di kampung ketika berinteraksi dengan penonton merupakan trademark beliau dalam menjadikan sesebuah rancangan masakan tersebut menarik dan mencuit hati.
Chef Wan juga telah berjaya menempa nama dalam dunia masakan antarabangsa melalui program-program masakan antarabangsa beliau. Antaranya ialah Flavour of Asia yang disiarkan di Prime 12,sebuah rangkaian televisyen di Singapura,A Taste of Australia With Chef Wan (Part 1 and 2) Australia disiarkan oleh ABC Network ke seluruh Asia,Chef Wan and Gino's Specials Norge TV, Oslo,Martin Yan’s The Best of Asia and The Edible Roots (1997),chef undangan American Food Channel, United States, Food of the World disiarkan TV4 Stockholm, Sweden,A Taste of Malaysia,No Reservation Please Discovery Channel bersama chef dan penulis terkenal Anthony Bourdain untuk American Food Channel,Market Kitchen disiarkan UK Food Network,dan pengacara bersama sebuah rancangan masakan dan kulinari Singapore, Philippines, dan Malaysia bersama chef Martin Yan,Yan Can Cook Fame.Beliau juga merupakan bintang antarabangsa apabila menjadi Chef Residen (Bintang Premier) bagi saluaran masakan Asia yang berpangkalan di Hong Kong.Chef Wan menjadi imej saluran tersebut dimana beliau telah dikenali oleh berjuta-juta orang di seluruh Asia sebagai chef antarabangsa.
                Chef Wan juga telah menerbitkan pelbagai jenis buku resipi.Antaranya ialah Flavours of Malaysia,Selera Antarabangsa(MAS Golden Boutique 1996)iaitu kompilasi pelbagai resipi masakannya,Chef Wan’s Sweet Treats diterbitkan oleh Times Edition pada tahun 2000, Simply Sedap!Chef Wan’s Favourite Recipes juga diterbitkan Times Edition (2000),Simply Sedap 2 Chef Wan Shares More Favorite Recipes (Times Edition 2006),Around the World with Chef Wan(Times Edition 2000),The Art of Entertaining, Flavours of ASEAN, Sajian Raya Bersama Chef Wan (Media Corp. TV Suria Singapore 2003),dan Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan ( Berita Publishing Sdn. Bhd.).

SUMBANGAN CHEF WAN 
Beliau telah menyumbang pelbagai perkara dalam dunia masakan antaranya ialah Chef Wan telah mewakili Malaysia di pelbagai Ekspo Makanan dan Pameran Pelancongan seperti pameran anjuran Malaysian International Trade Board (MALTRADE), Malaysian Airlines(MAS) dan Tourism Malaysia. Disebabkan oleh bakat dan pengalaman beliau, Chef Wan telah terlibat dalam beberapa demostrasi masakan yang diadakan di seluruh dunia antaranya di The World SIAL Food Expo di Paris, France dan Beijing, China, The World Anuga Food Fair di Koln, Germany, The United Kingdom Food and Beverage Show yang diadakan setiap tahun di London, promosi di pusat beli-belah untuk MALTRADE di Japan, India, United Kingdom dan Australia, dan The Ethnic Food Fair di Birmingham, United Kingdom.Selain itu, Chef Wan juga telah memberi seminar tentang “The Excitement and Enticement of Malaysian Cuisine” yang diadakan di IFCA/IFSA (International Inflight Catering Association) Persidangan Asia Pasifik yang diadakan di Kuala Lumpur anjuran Malaysian Airlines (MAS) pada Oktober 2002 dan menjadi pembantu pengacara di Gala Dinner untuk Gourmand World Cook Book Award ke-9 pada 2003 di Barcelona,Spain. Beliau juga turut diangkat sebagai Tokoh Chef Melayu Moden oleh UiTM Pulau Pinang .Chef Wan telah menerima dua anugerah berprestij daripada National Critics Choice iaitu anugerah Life Time Achievement South East Asia Cuisine dalam kategori The Hospitality and Dining Awards 2011/2012 dan anugerah Best Editor‘s Choice Award yang diberikan atas kejayaan buku masakannya, Best of Wan Taste of Malaysia.Pada tahun yang sama, beliau telah mendapat penghormatan untuk menjayakan sebuah program bual bicara pagi, NBC Today yang disiarkan secara langsung di saluran NBC di Amerika Syarikat.Kerajaan Thailand juga telah memberinya gelaran Friends of Thailand Award pada September 2010.Beliau telah dipilih sebagai Malaysia Airlines (MAS) Holiday Travel Icon Ambassador pada November 2010 yang berperanan untuk menjelajah dunia dengan pelbagai jenis masakan.Pada 1 Februari 2010, bersempena dengan Hari Wilayah Chef Wan telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah oleh Pemangku Yang Dipertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah yang membawa gelaran Datuk .


JAWATAN KOSONG SEBAGAI TUKANG MASAK DI MALAYSIA

Hai semua. Kali ni saya nak kongsi beberapa tempat yang memerlukan tukang masak.Kepada yang masih mencari kerja, anda boleh cuba nasib di t...