Friday, 29 September 2017

PENGENALAN SENI KULINARI


SENI KULINARI DI MALAYSIA





Masih ramai lagi masyarakat yang tidak mengenali apa itu kursus seni kulinari . Apakah maksud seni kulinari dan kelebihan seni kulinari ini dan mengapa kursus ini menjadi pilihan sesetengah individu. Seni Kulinari adalah kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan, pastri dan kek serta aktiviti-aktiviti yang tertumpu di dapur. Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Pengajian ini merangkumi kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

Diploma Seni Kulinari fokus kepada kecekapan kulinari, latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Ia melengkapkan pelajar dengan skil dan pengetahuan dalam penyediaan makanan, keselamatan dan teknik persembahan makanan yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan awal dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dalam seni kulinari, pengurusan dan penempahan stok.

Ramai insan yang berjaya telah dilahirkan dalam kursus ini. Antaranya 

Ø  pengusaha katering
Ø  chef
Ø  usahawan dalam bidang kulinari
Ø  pembuat kek
Ø  Pengkritik makanan
Ø  Chef penyelidikan dan pembangunan
Ø  Chef selebriti
Ø  Chef eksekutif

Jika anda dapat lihat, rata-rata individu yang ingin membeli makanan  seperti lauk pauk ataupun membeli kek, mereka pasti akan melihat tekstur luaran dahulu. Contohnya pada kek. Tekstur luaran kek yang berhias cantik dan  kemas menarik hati pembeli . Jika kita lihat pada pandangan lain,rasa itu lebih utama daripada tekstur. Ini merupakan salah satu cara memikat hati pembeli dengan adanya ilmu seni kulinari ini.  
TUJUAN SENI KULINARI DITUBUHKAN

Berikut merupakan beberapa tujuan bidang ini ditubuhkan ;)

·         Meningkatkan kemahiran kepimpinan pada tahap penyeliaan
·         Mengamalkan sistem keselamatan, kawalan,kebersihan, dan kebersihan makanan
·         Mengendalikan latihan pengeluaran makanan
·         Menjalankan pengurusan yang baik serta sistematik
·         Membangunkan kemahiran yang dapat disesuaikan dengan tahap kerjaya dan peningkatan kerjaya dalam industri
·         Membantu pembangunan Negara
·         Menambahkan ilmu pengetahuan yang tinggi kepada individu yang minat kepada bidang masakan, pastri, dan kulinari

Perkembangan dalam industri makanan, perniagaan makanan, restoran dan hotel yang mencetuskan kepada perkembangan perlancongan menjadikan bidang ini  satu bidang yang perlu dipilih. Banyak peluang pekerjaan yang anda peroleh  jika  anda melibatkan diri  dalam bidang ini.


No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG SEBAGAI TUKANG MASAK DI MALAYSIA

Hai semua. Kali ni saya nak kongsi beberapa tempat yang memerlukan tukang masak.Kepada yang masih mencari kerja, anda boleh cuba nasib di t...